HijRahSisTa
Friday, 29 May 2015
Penghijrahan kepada Allah
Setiap manusia yang diciptakan oleh Allah swt sentiasa melakukan kesalahan. Dan Allah Yang Maha Pengampun sentiasa mengampuni hambaNya yang bertaubat dengan ikhlas dan bersungguh sungguh.
Seperti aku juga pernah melakukan kesalahan terhadap Allah..apa yang Allah larang aku buat,apa yang Allah perintah aku tinggalkan.. aku tidak pernah mensyukuri nikmat yang terindah yang Allah berikan iaitu nikmat iman. segala puji bagi Allah kerana menjadikan kita sebagai islam..
untuk melakukan perubahan sangatlah susah kerana telah ada noda hitam yang banyak dalam hati ini,terlalu lama aku telah melupakan Allah.. hanya Allah sahaja dapat menolong untuk kita berubah,membuka pintu hati yang telah lama hitam.
penghijrahan aku bermula setelah tiba2 aku rasa jiwa aku kosong..tiada arah untuk aku di dunia..adakah hidup kita hanya makan,kerja dan tidur? bila aku bersendirian aku mesti rasa sedih dan menangis tanpa sebab.. banyak ujian terjadi dalam hidup aku tetapi aku masih lagi berat nak kembali kepada Allah. aku sakit gastirk teruk semasa bulan ramadhan tahun lepas ,aku memang tidak boleh berpuasa selama sebulan lebih.. semasa aku sakit tu pon aku masih lagi keras hati untuk kembali kepada Allah...
sampai la satu saat itu aku tengok video pasal dajjal dan aku terfikir adakah aku bersedia untuk menghadapinya dengan amalan aku nie.. dan aku juga terfikir adakah aku nanti dapat melihat Allah yang menciptakan aku...
tiba2 sebak datang...dan aku berasa menyesal atas dosa2 aku yang dahulu....
Apa yang aku nak sampaikan ini benarlah hidayah kita perlu minta kepada Allah dan setiap hari kita perlu meminta kepadaNya..... marilah kita bersama2 berusaha untuk kembali kepada Allah.
aku faham kalau ada yang ingin nak berubah,tapi hati rasa berat..itu maknanya hati kita telah ternoda dengan kehitaman.jadi cuba la dengan tips mudah dan perlahan2 untuk berubah
Tips untuk berubah:
1)buang sifat mazmumah(sombong,dengki,iri hati,suka marah )
2)buangkan perasan cintakan dunia
3)jangan melebih2 cintakan manusia(ex:boyfriend)
4)tanamkan perasaan sayang dan takut kepada Allah..Allah Maha Melihat segalanya
dan sentiasa ingat mati
5)meninggalkan perkara yang dilarang oleh Allah
6)melakukan perintah Allah(menunaikan solat,berpuasa bulan ramadhan,menutup aurat dengan sempurna)
7)sentiasa la berdoa supaya Allah memberi hidayah kepada kita setiap masa
Cuba la dengan istiqamah dan bersungguh-sungguh..InshaAllah Allah akan membantu kita....:)))
Subscribe to:
Posts (Atom)